Profile Picture

Amirah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Accountancy

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Amirah, seorang yang baru menceburi bidang tutor dalam usaha meningkatkan kemahiran pada waktu lapang. Saya bergaduasi master dalam bidang perakaunan dan telah berada didalam industri audit selama 4 tahun dan masih lagi bekerja. Subjek perakaunan dan matematik adalah keutamaan dalam pendidikan tinggi, manakala Bahasa Melayu dan Sejarah adalah fokus di peringkat menengah. Walaupun saya baru dalam dunia tutor, saya tekad untuk menjadi pendidik separuh masa dengan berkat pengalaman dan kemahiran saya . Tentang diri saya, saya memiliki aspirasi yang kuat untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Sejak kecil, saya telah terinspirasi oleh kekuatan transformasi yang dimiliki oleh pendidik-pendidik di sekitar saya. Saya percaya bahawa pendidikan adalah landasan untuk perubahan positif dalam masyarakat, dan sebagai seorang pendidik, saya ingin memberikan sumbangan yang berarti dalam membentuk masa depan generasi akan datang.
Teknik Pengajaran
Mengikut pengalaman saya terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh diterapkan untuk memastikan pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan bagi pelajar. Salah satu teknik adalah pembelajaran berpusatkan pelajar, di mana fokus utama adalah pada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Teknik ini membolehkan pelajar untuk mengambil peranan yang lebih aktif dalam proses pembelajaran mereka. Selain itu, pembelajaran kolaboratif adalah teknik lain yang penting dalam pengajaran. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar diajar untuk bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat tertentu. Seterusnya, teknik pengajaran visual juga boleh memberikan impak yang besar dalam proses pembelajaran. Dengan menggunakan gambar, carta, graf, dan multimedia, dapat menyampaikan maklumat dengan cara yang lebih visual dan mudah difahami oleh pelajar. Akhir sekali pembelajaran berbantukan teknologi semakin popular dalam era digital ini. Melalui aplikasi mudah alih, dan laman web pendidikan boleh membantu menyampaikan maklumat secara interaktif dan menyeronokkan kepada pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Akaun Universiti - Diploma
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6
Matematik Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Statistik Universiti - Diploma
Bahasa Inggeris Darjah 6