mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Shafwana *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Islam

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Johor Bahru, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berperanan untuk memberikan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada murid-murid. Saya juga boleh membantu pelajar memahami konsep-konsep pelajaran dan memberikan bimbingan secara peribadi. Seperti yang sedia maklum, saya merupakan pelajar atau siswa guru di Institut Pendidikan Guru dan masih lagi menuntut di institusi tersebut. Saya telah dididik dengan ilmu pedagogi asas sehinggalah pedagogi dalam bidang saya iaitu Pendidikan Islam dan tambahan saya mengambil bidang Bahasa Arab sebagai minor. Oleh itu, saya pernah menjalani latihan industri di Sekolah Rendah iaitu selama 2 minggu dalam Program Pengalaman Berasaskan Sekolah.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya lakukan ialah soal jawab, simulasi dan penyelesaian masalah. Saya berkemahiran dalam mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Saya boleh menggunakan digital seperti video, audio dan aplikasi permainan atas talian. Teknik-teknik ini boleh digunakan sewaktu pengajaran berlangsung bagi menarik minat murid-murid saya. Bagi teknik soal jawab, saya berkemahiran dalam bertanyakan jenis-jenis soalan yang mampu menguji tahap pembelajaran murid-murid. Bagi teknik simulasi dan penyelesaian masalah, saya sebagai tutor boleh memberikan beberapa situasi kepada anak murid untuk melakonkan semula dan menyelesaikan situasi permasalahan yang diberikan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Jawi Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Asas Fardhu Ain Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6