mytutor_mobile
Profile Picture

Najwatul Aisyah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Actuarial Science & Risk Management

Universiti Sains Islam Malaysia (Sedang Belajar)

Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang suka akan dunia matematik dan memiliki minat yang mendalam terhadap subjek ini sejak dari kecil. Saya seorang yang peramah dan sedikit tegas. Saya percaya bahawa keperibadian saya yang ramah dapat membina hubungan yang baik dengan anak didik. Selain itu, saya sangat komited untuk memastikan bahawa setiap pelajar memahami konsep-konsep matematik yang diajarkan dengan jelas. Dengan ini, saya akan memberikan penjelasan yang terperinci dan memberi penekanan kepada latihan supaya mereka dapat menguasai topik dengan baik. Saya yakin bahawa platform ini akan membantu saya untuk terus memperkukuhkan ilmu saya dalam bidang matematik dan membantu saya menjadi seorang tutor yang lebih berkesan dalam berkongsi ilmu dengan anak didik. Saya sangat berharap dapat memberi impak yang positif dalam perkembangan akademik setiap anak didik yang saya ajar.
Teknik Pengajaran
Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, saya percaya bahawa penting untuk membawa konsep-konsep yang kompleks kepada sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar. Saya suka menggunakan contoh-contoh dalam kehidupan seharian untuk menjelaskan konsep-konsep matematik agar pelajar dapat mengaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar. Selain itu, saya juga mendorong interaksi dua hala antara saya dan pelajar supaya mereka berasa selesa untuk bertanya soalan dan berkongsi pendapat. Saya juga menggalakkan pembelajaran aktif melalui latihan-latihan yang berstruktur untuk memastikan pemahaman dan aplikasi yang kukuh terhadap konsep-konsep matematik yang diajarkan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2