Profile Picture

Muhammad Fikri *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Accounting

Universiti Teknologi MARA (Sungai Petani) (Telah Bergraduasi)

Sungai Petani, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Muhammad Fikri. Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (Sungai Petani). Kini, saya masih lagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam jurusan Pengurusan Kewangan di Universiti Sains Malaysia . Saya merupakan seorang tutor yang sangat berdedikasi serta mempunyai semangat mengajar yang tinggi terhadap pelajar-pelajar saya. Saya juga merupakan seorang yang ramah namun pun begitu saya sangat amanah dengan memastikan anak-anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga sentiasa memastikan pelajar-pelajar saya tidak akan ketinggalan dalam mana-mana topik yang mereka lemah. Saya juga sentiasa bersedia untuk melayani pelbagai karenah daripada pelajar-pelajar saya. Jadikanlah saya sebagai tutor anda !.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan pelbagai teknik dan bentuk mengajar yang berbeza mengikut kesesuaian pelajar-pelajar saya. Saya juga menggunakan teknik pendidikan bukan sekadar belajar dimana lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran matematik mahupun perakaunan. Saya menggunakan menggunakan akronim untuk membantu pelajar-pelajar saya menguasai sesuatu dengan mudah. Saya juga menggunakan bahan-bahan bewarna ataupun dalam bentuk pembentangan bagi pembelajaran atas talian supaya pelajar lebih mudah untuk fahami.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4