Profile Picture

Wafi Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Science Library

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan diploma sains perpustakaan, mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan maklumat dan bahan rujukan yang relevan bagi membantu pelajar dalam mendapatkan bahan rujukan yang diperlukan. Sebagai pembantu pustakawan yang berkhidmat lebih 9 tahun dalam bidang perpustakaan akademik, kemampuan saya dalam menggunakan teknologi dalam mendapatkan capaian maklumat adalah sangat sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran masa kini. Saya juga berpengalaman dalam mengendalikan perpustakaan kanak-kanak yang memerlukan susunan modul yang terperinci dalam memastikan mereka memahami dan secara tidak langsung melahirkan rasa minat membaca. Saya percaya dengan timbulnya minat dalam membaca, mereka pasti mampu memberikan respon yang lebih baik apabila berhadapan dengan permasalahan tidak kira dalam penulisan atau pertuturan. Keuatamaan saya adalah dalam memastikan tiada yang tercicir dalam mendidik anak-anak. kebolehan saya dalam mengadakan kelas/sesi pembelajaran secara 1 to 1 atau berkumpulan .
Teknik Pengajaran
Saya mengutamakan teknik pembelajaran yang pelbagai( Various learning technique). Antaranya yang saya terapkan dalam kelas 'face to face';
1. Pembelajaran 'cooperative'(a group of different ages but in same level). Melalui kelas ini, murid-murid secara berkumpulan berpeluang mempelajari cara berkomunikasi dan meningkatkan lagi daya kreativiti murid-murid dalam menyampaikan idea.
2. Teknik pembelajaran dan pengajaran secara bimbingan atau pembelajaran dua hala. Ini termasuklah pendekatan berunsurkan lisan, penceritaan semula, dan penulisan yang berdasarkan kreativiti murid tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 3, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1
Communication & Writing Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1
Matematik Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2