About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya teacher seha. Berpengalaman mengajar selama 2 tahun secara tetap dan 5 tahun sampingan membuatkan saya mahir dalam mencari titik fokus anak didikan saya. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berbeza saya praktiskan kepada setiap anak didikan untuk menarik minat dan fokus mereka. Sesi pembelajaran yang tidak membosankan pasti membuahkan hasil yang cemerlang. Saya amat berdedikasi dalam tugas saya, setiap tunjuk ajar dan teguran yang diberi kepada anak didik dengan niat melihat kejayaan mereka.
Teaching Method(s)
Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran saya akan tetapkan objektif yang perlu dicapai oleh saya dan anak didikan saya. Ini penting sebagai penanda aras pembelajaran yang berlangsung adalah berkesan.
Teknik pembelajaran yang menarik dan pelbagai saya gunakan menarik minat anak didikan supaya kekal fokus. Setiap anak didikan mungkin menerima sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbeza iaitu bergantung kepada titik fokus mereka sendiri.