Profile Picture

Mohammad Aiman *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Sains Tulen

Universiti Sains Malaysia (Kubang Kerian) (Sedang Belajar)

Sandakan, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam perkenalan! Saya Sir Aiman, tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 3 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya mempunyai pengalaman mengajar subjek BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS selama 3 tahun di sebuah Pusat Tuisyen di daerah saya (Sandakan). Saya dapat mengenal pasti kelemahan pelajar-pelajar saya dan mampu menyedia pelan pembelajaran yang berasaskan modul yang mengikut format terkini untuk memastikan pelajar-pelajar saya dapat mengatasi kelemahan mereka dalam pembelajaran. Saya juga mampu menyediakan latih tubi yang berfokus mengikut format peperiksaan terkini untuk melatih pelajar menjawab soalan peperiksaan. Subjek Bahasa Inggeris merupakan subjek utama saya. Jadi sekiranya anda ingin meningkatkan penguasaan anak anda dengan Subjek Bahasa Inggeris, Jangan segan silu untuk hubungi saya!
Teknik Pengajaran
Pengalaman mengajar selama 3 tahun telah membuatkan saya mahir untuk mengenalpasti kelemahan pelajar. Saya menyediakan Modul dan Latih tubi yang berfokus kepada keperluan pelajar yang mana akan membantu pelajar kuasai kelemahan mereka. Soalan-soalan berformat peperiksaan terkini yang saya sediakan juga akan membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dengan Cemerlang. Saya mendidik dengan santai dan menyelitkan elemen-elemen hiburan yang besesuaian untuk memastikan kesihatan mental pelajar tidak terabai. Saya berpengalaman mengendalikan kelas persendirian dan kumpulan besar dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga sekolah menengah. Pelajaran dan disiplin pelajar menjadi teras utama dalam pendidikan saya.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2