mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Hafetz *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perancangan & Pengurusan Pembangunan (dengan Kepujian)

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Danial. Saya merupakan seorang tutor yang kreatif dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah rendah dan menengah atas. Subjek Sejarah merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Melayu dan Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul P&P menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga sering mengendalikan bengkel buat calon SPM yang lemah dalam sejarah, contohnya pelajar yang gagal atau gred rendah serta kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga pakar dalam meningkatkan semangat, minat dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keputusan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang lain dari lain bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan ujian kuiz atau akronim merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Teknik skor A+ SPM bagi subjek Sejarah dalam setiap sesi kelas setahun merupakan suatu teknik yang telah saya rangka sejak tahun 2018. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.

Kepakaran saya adalah Sejarah. Antara teknik yang digunakan oleh saya untuk mengajar sejarah adalah mengubah perspeksi pelajar tentang sejarah. Sejarah bukan untuk dihafal tetapi perlu difahami dan diminati.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3