Profile Picture

Qistina Azra

(Online)

Sarjana(master) - Tesl

Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) (Graduated)

Kota Tinggi, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalammualaikum dan Hai saya Cikgu Qistina. Saya memiliki latar belakang pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Saya telah bekerja sebagai tenaga pengajar dibeberapa institusi seperti UiTM Pasir Gudang, Johor dan UNIKL MITEC di Johor sejak 2018 sehingga sekarang. Sebelum itu saya juga mempunyai pengalaman mengajar juga di sekolah menengah sebagai guru ganti. Saya juga pernah menjadi guru 'tuition' terutama sekali bagi subjek Bahasa Inggeris. Matlamat saya selalu menitik beratkan pelajar mampu menguasai Bahasa Inggeris dalam keadaan yang menarik dan tidak stress. Ingin belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan mempunyai keyakinan untuk berbahasa Inggeris? Hubungi saya hari ni
Teaching Method(s)
Berpengalaman sejak 2018 sebagai tenaga pengajar bagi Bahasa Inggeris membuatkan saya sedar bahawa dalam mempelajari bahasa terutamanya Bahasa Inggeris tidak sepatutnya dalam keadaan yang stress dan tertekan. Pelajar harus faham konsep, belajar dan bermain dan juga berjaya mempraktikkan bahasa itu walaupun hanya pada peringkat yg rendah. Pendekatan saya ialah pelajar harus memiliki keyakinan diri untuk menggunakan bahasa tersebut dan melatih diri mereka untuk bercakap, menulis, mendengar dan juga membaca menggunakan bahasa tersebut. Didik hibur dalam mempelajari bahasa kedua ini merupakan objektif saya dan kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan dan meraih keyakinan diri dalam mempraktikkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Dewasa, Tingkatan 4, Tingkatan 5