About Me
Saya Amirul, saya merupakan seorang jurutera disebuah kilang pembuatan elektronik. Saya merupakan graduan kelulusan Kejuruteraan Elektrik-Elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia. Saya juga seorang yang ramah dan mudah didekati oleh kanak-kanak.Saya memilih untuk menjadi seorang tutor kerana ingin membantu pelajar-pelajar saya lebih faham dan mahir dalam subjek-subjek yang tertentu. Bukan sahaja itu, saya juga ingin seseorang pelajar itu mahir dan mampu mengaplikasikan sesuatu pelajaran dalam kehidupan yang sebenar. Saya juga boleh membantu mereka menyiapkan tugasan sekolah mereka yang mereka tidak faham. Saya boleh mengajar subjek Sains dan Matematik.
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah pendekatan yang berbeza-beza mengikut kepada setiap pelajar kerana setiap mempunyai kaedah atau cara belajar yang berbeza. Sebelum mengajar, saya akan mengenalpasti teknik dan pendekatan yang sesuai dan efektif untuk setiap pelajar supaya mereka boleh memahami dan menguasai sesuatu subjek.