Profile Picture

Muhammad Ammar *******

(Online)

Sarjana Muda - Science

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Ongoing Study)

Manjung, Perak

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang bersungguh untuk memastikan anak didik saya memahami intipati ilmu yang saya sampaikan dan saya juga berusaha untuk memajukan diri sendiri selaras dengan perkembangan teknologi dan memberi contoh dan aplikasi yang berguna kepada murid. Saya seorang yang ramah, sopan santun dan suka berkongsi. Saya percaya bahawa setiap insan mempunyai kelebihan tersendiri dan dapat disemai menerusi pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Saya pernah menjalani khidmat tuisyen secara kecil-kecilan di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan kawasan di sekitarnya sewaktu saya bercuti semester. Sekarang, saya sedang menunggu hari graduasi Universiti Malaya. Maka, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya mengunakan kaedah contoh dalam kehidupan seharian dan asbab pencetusnya sesuatu formula itu. Saya sangat menekankan konsep atau asas sesuatu topik, di mana pelajar akan faham bahagian yang kompleks sekiranya mereka sudah menguasai asas untuk subjek yang berteraskan Matematik dan Sains. Berbekalkan komputer riba yang saya miliki, adalah lebih mudah untuk saya berinteraksi dengan anak murid secara online. Saya sentiasa mengikuti perkembangan silibus terkini dan murid tidak akan terlepas pandang bahagian yang penting. Teknik lain termasuklah berpandukan buku teks kerana setahu saya, soalan dan jawapan adalah mengikut format yang terkandung dalam buku teks. Saya akan melakukan eksplorasi bagi mengingati sesuatu fakta, contohnya saya pernah mengajar murid formula mengingati ujian anion garam dalam Kimia Tingkatan 4 berdasarkan akronim dan rajah yang sesuai. Seterusnya, saya akan meninjau kaedah pembelajaran yang lebih mudah seperti menggunakan aplikasi atau laman web Kahoot untuk menguji kefahaman anak murid. Kerja rumah atau latihan yang konsisten semestinya saya akan terapkan untuk memastikan mereka benar-benar kuasai subjek itu.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5