About Me
Saya Madam Syarifah. Saya merupakan seorang tutor yang berwawasan tinggi serta berdedikasi yang baik dalam membantu anak didik saya untuk menjadi insan yang berwibawa tinggi dan mencapai keputusan yang baik serta cemerlang. Saya seorang tutor yang tegas namun ramah dalam mendidik anak murid saya. Saya akan pastikan anak didik saya mencapai tujuan serta matlamat yang mereka inginkan. Saya juga suka membantu anak didik saya agar sentiasa menepati masa dalam menuntut ilmu agar dapat menjadi insan yang mempunyai sifat berkepimpinan yang tinggi. Saya akan pastikan saya boleh menawan hati anak didik saya agar mereka sentiasa menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadi apa tunggu lagi, jadikan saya tutot anda hari ini !.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan teknik yang menarik perhatian anak didik saya agar mereka tidak bosan kelak. Saya akan mengajar secara teknik bercerita untuk menarik perhatian kerana cerita merupakan sesuatu yang digemari pelajar. Selain itu, teknik drama juga akan saya selitkan supaya dapat mendorong dan meransang murid untuk menguhubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Malah, saya akan menggunakan teknik sumbanh saran sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.