Profile Picture

Nuratiqah Syazaliya *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Commerce

University Of Auckland (Telah Bergraduasi)

Segamat, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang Auditor yang berkemahiran dalam bidang perakaunan dan matematik. Sebagai seorang bekas pelajar jurusan perakaunan SPM 2017, dan bekas pelajar jurusan perakaunan bagi Ijazah Sarjana, saya berkemahiran untuk mendidik pelajar-pelajar perakaunan untuk memahirkan diri dalam teori mahupun aplikasi. Saya juga berkemahiran untuk mendidik pelajar dalam mengukuhkan penguasaan tatabahasa Bahasa Inggeris (vocabulary & grammar) di samping membantu pelajar untuk membina karangan yang baik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang akan saya praktikkan bagi subjek Prinsip Perakaunan adalah dengan menggunakan Excel, dimana, pelajar mampu meneliti dan memahami setiap logik mahupun pengiraan yang akan dilakukan dalam Imbangan Duga, Penyata Kedudukan Kewangan, serta Penyata Aliran Tunai.

Bagi subjek Bahasa Inggeris, saya akan membimbing pelajar untuk mengenalpasti bila dan bagaimana setiap penggunaan tatabahasa itu perlu digunakan dalam setiap ayat. Saya juga akan melatih pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi membantu pelajar untuk memahirkan diri dalam bertutur sebelum menghadiri Oral Test (Ujian Lisan Bahasa Inggeris)
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Darjah 4
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 1