Profile Picture

Nur Atirah *******

(Online)

Diploma / Stpm - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kolej Poly-Tech MARA (Kota Bharu) (Graduated)

Lenggong, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai nama saya Nur Atirah Bt Mohd Hijazi. Saya mempunyai pengalaman selama setahun 6 bulan dalam bidang pendidikan. Saya pernah bekerja di sebuah tadika di Parit Buntar selama setahun sebagai pembantu guru. Selepas itu saya juga pernah bekerja di Tadika Little Caliph sebagai guru kepada murid 4 tahun selama 6 bulan. Semasa saya menjadi seorang guru di tadika Little Caliph, saya belajar pelbagai cara untuk menarik pelajar untuk belajar dalam kaedah belajar sambil bermain. Saya juga banyak mengikuti kursus yang dilaksanakan dalam syarikat tersebut antaranya cara untuk mengambil perhatian pelajar untuk belajar, cara untuk merawat ketika pelajar tercedera dan pelbagai lagi.
Teaching Method(s)
Teknik pengajaran yang saya selalu guna adalah belajar sambil bermain. Sebelum memulakan kelas saya akan memanaskan badan terlebih dahulu dgn mengajak pelajar untuk menari atau melakukan sesuatu senaman supaya pelajar berasa seronok untuk belajar. Kemudian saya akan mengajar selama 30 minit dan kemudian berhenti seketika untuk mengambil hati mereka sebelum sambung kembali sesi pengajaran. Contoh pengajaran yang saya pernah lakukan adalah mengajar mengenai hari saya mengajar mereka dalam bentuk lagu supaya mereka lebih faham dan senang untuk mengingatinya. Saya akan ulang setiap hari supaya mereka ingat ini hari apa dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu. Selepas mengajar saya akan membuat aktiviti yang menarik supaya pelajar seronok untuk belajar.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Tadika
Membaca - BM Tadika
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1
P. Islam Darjah 1
Jawi Darjah 1