Profile Picture

Siti Munirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Multimedia (Hons.) Virtual Reality (Vr)

Universiti Multimedia Cyberjaya (MMU) (Telah Bergraduasi)

Bandar Puncak Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Munirah. Saya adalah graduasi di Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Multimedia dan mempunyai Diploma dalam Sistem Komputer dan Rangkaian. Saya merupakan Pereka Grafik 3D yang sedang bekerja untuk syarikat di Birmingham, UK secara dalam talian, oleh itu saya mempunyai pengalaman yang mendalam untuk Bahasa Inggeris secara teori, korporat dan secara profesional. Saya juga mempunyai pengalaman yang banyak dalam menyertai aktiviti ko-akademik yang ketengahkan Bahasa Melayu seperti permainan Sahibba, debat, bercerita, dan pertandingan penulisan. Oleh itu, Bahasa Melayu juga adalah satu pengetahuan dan kepakaran yang saya yakin untuk mengajar.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengajar seiring dengan teknologi yang ada tanpa mengetepikan teknik pembelajaran yang lama. Teknik-teknik belajar yang sedia ada telah terbukti keberkesanannya jadi saya akan menggunakan teknik itu dengan menggunakan kaedah yang melibatkan teknologi zaman sekarang. Selain itu, saya juga akan gunakan teknik pembelajaran yang melibatkan aktiviti atau permainan yang seronok (dan mencapai objektif silibus) supaya murid akan lebih teruja dan tidak bosan semasa belajar. Di samping itu, saya akan mengajar mengikut prestasi dan tahap kefahaman murid, dengan ini murid tidak akan rasa tertinggal dan mereka akan lebih memahami semasa belajar berbanding belajar tanpa memahami.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Tadika, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Communication & Writing Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prasekolah - 3M Tadika