mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Najmiha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Sosial Dengan Kepujian Sains Pembangunan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Nibong Tebal, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, Saya Cikgu Najmiha. Saya merupakan seorang tenaga pengajar yang dapat membantu pelajar memperoleh pengetahuan, kecekapan serta kebaikan melalui amalan pengajaran. Saya memilih untuk menjadi guru tutor subjek Bahasa Melayu bertujuan untuk melahirkan murid yang mengamalkan budaya berbahasa serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Teknik Pengajaran
Saya akan mengaplikasikan aktiviti seperti latih tubi, kuiz, perbincangan dan lain-lain yang berkaitan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Interaksi dua hala dalam bilik darjah atau secara alam maya penting kerana dapat mendorong pelajar berkongsi pendapat dan idea berkaitan topik yang dibincangkan. Teknik mengajar ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran saya dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar. Peranan saya sebagai seorang tutor berharap agar dapat melahirkan modal insan yang berdaya membangunkan negara menerusi pemikiran mereka serta membentuk insan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri malah mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 5
Membaca - BI Darjah 3, Tadika
Membaca - BM Darjah 3, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 5