mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Amirul *******

(Dalam Talian)

Asasi/a-level - Pengurusan Strategik

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai semangat dalam mendidik serta mempunyai perancangan dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlan dan memperolehi ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam subjek yang dipelajari. Saya seorang yang displin dalam menentukan waktu yang ditetapkan. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka dalam mengulang kaji pelajaran dan memahami ilmu yang disampaikan. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang teratur dan sesuai mengikut masa mereka. Hal ini kerana masa yang ditetapkan oleh mereka dapat membantu mereka dalam menyesuaikan masa dengan sendiri. Saya juga mahir dalam menarik minat pelajar untuk belajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah pembelajaran yang menghiburkan dengan mengunakan muzik serta kaedah mudah untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan dan terhibur. Saya juga menyediakan teknik pembelajaran yang mudah serta tatabahasa ringkas untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah serta efektif. Saya juga menggunakan akronim untuk membantu anak didik saya mengingati sesuatu perkara dengan mudah serta boleh mengingati dengan cepat. Saya juga menyediakan nota yang berwarna warni dalam bentuk slide bagi kelas dalam talian agar dapat menarik minat anak didik saya dalam mengulang kaji pelajaran tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6