mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Amanina *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Acca

Kolej Pendidikan INTEC (Sedang Belajar)

Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Amanina berasal dari Pulau Pinang. Saya sedang menuntut di INTEC Educational College di Shah Alam, Selangor. Merupakan pelajar jurusan professional accounting, ACCA dan inshaallah akan mendapat ACCA affiliated setahun akan datang. Mengajar adalah sebahagian dari hidup saya sebagai seorang pelajar. Saya gemar akan subjek matematik dan juga matematik tambahan. Juga berminat dengan subjek prinsip perakaunan sekolah menengah. Salah seorang bekas pelajar cemerlang di sekolah rendah dan menengah kala. Ingin menambah ilmu dengan mengajar adik-adik cara untuk score dalam exam matematik dan mengisi masa lapang di saat cuti hujung semester. Andai diberi peluang, saya akan bantu adik-adik untuk cemerlang. Berminat ? boleh hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Merupakan Gen Z dan berpengalaman berada dalam pembelajaran abad ke-21. Saya amat terdedah dengan KSSM kini. Oleh itu, akan menerapkan suasana pembelajaran yang kretif dan tidak bosan kepada adik-adik. Saya akan mengajar menggunakan Ipad jika adik-adik ingin belajar secara maya. Saya akan sediakan nota yang mudah difahami kepada adik-adik dan sebuah buku latihan beserta nota buat rujukan. Bagi subjek matematik, saja juga akan mengajar sifir dan congak yang mudah untuk digunakan dalam menjawab peperiksaan mahupun kehidupan seharian. Manakala subjek akaun sekolah menengah, saya akan menyediakan nota poket yang ringkas dan berikan tips untuk dapatkan A+ dalam SPM. Sangat berminat untuk mengajar seperti kakak kepada adik supaya adik-adik lebih selesa untuk belajar. Justeru, saya akan lakukan yang terbaik untuk memahami dan memenuhi cara belajar adik-adik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5