mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Muslim *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Hadis

Universiti Sultan Azlan Shah (Sedang Belajar)

Temerloh, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah seorang pelajar universiti yang bakal bergraduasi pada akhir tahun ini dan sedang menunggu keputusan bagi semester akhir. Sebelum melangkah ke alam universiti saya telah menjadi seorang guru di maahad swasta hampir setahun. Di situ sedikit sebanyak banyak mengajarkan saya bagaimana hendak mendidik pelajar dan berinteraksi dengan pelajar yang pelbagai ragam. Saya mengajar maahad di peringkat sekolah rendah sahaja bermula dari darjah 1 hingga 6 namun darjah 5 terkecuali kerana sistem kafa tidak dimasukkan dalam darjah 5 berikutan tumpuan fokus kepada peperiksaan untuk darjah 5.
Teknik Pengajaran
Saya banyak menumpukan bagaimana hendak mengawasi pelajar yang pelbagai ragam dengan situasi semasa melalui kelembutan, keramahan, dan ada waktu sedikit tegas. Ada juga ketika mendekati pelajar dengan melayan kerenah mereka bagi mendapatkan hati mereka dan mampu fokus kepada pelajaran. Selain itu juga, teknik lain adalah di mana selepas mengajar akan diberi tugasan bergantung kepada jam mengajar dan perlu menyiapkan tugasan di dalam kelas tanpa perlu menyiapkan tugasan di rumah. Jika pelajar mampu menyiapkan tugasan seawal mungkin pelajar mampu untuk bersantai menikmati sisa2 waktu sebelum beralih kepada kelas yang lain. Pun begitu fasa peralihan generasi Z ini dikatakan sedikit mencabar dan belum mempunyai pengalaman dalam menangani generasi Z akhir2 ini.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Al-Quran Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Mengaji
P. Islam Darjah 4, Darjah 5
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 4
Tauhid KAFA - Darjah 4
Fekah KAFA - Darjah 4
Hafazan KAFA - Darjah 4
Sirah KAFA - Darjah 4