mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Izzham *******

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Smk Sultan Abdul Aziz Shah Kajang

Kajang, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sir Izham. Saya tutor yang mementingkan skil berfikir dan berpengalaman mengajar selama 5 tahun dalam berkongsi ilmu bersama pelajar sekolah menengah. Subjek Matematik Tambahan dan Matematik Moden merupakan subjek saya mengajar. Berkemahiran dalam komunikasi bersama pelajar menjadikan saya cikgu yang dapat melahirkan pelajar bersemangat dan berminat untuk menimba ilmu hisab. Saya juga berkemahiran dalam merancang kaedah pembelajaran pelajar, ditambah mampu memberikan idea serta motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam subjek tersebut. Berminat untuk memajukan pendidikan anak anda? Boleh hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 10 tahun dalam mengajar subjek Matematik Tambahan dan Matematik Moden peringkat sekolah menengah. Memberi tunjuk ajar dan cadangan serta idea-idea terbaik dan bersesuaian sebagai persediaan kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan besar. Menggunakan model kertas peperiksaan sebagai latihan untuk menambah keyakinan pelajar, khusus ketika menghadapi peperiksaan. Melahirkan pelajar kemahiran berfikir aras tinggi terutama sekali menyelesaikan masalah adalah matlamat utama saya dalam mengajar subjek Matematik. Kesihatan mental merupakan keutamaan saya dalam memastikan pelajar saya sentiasa mempunyai kekuatan untuk berfikir. Matematik adalah subjek terbaik untuk menajamkan fikiran dan fokus pelajar!
Penilaian & Maklumbalas

Wan Azwati Wan Mohamed : Matematik Tambahan

Semua tutor yg dihantar amat menepati masa. Ada tutor yang mengambil inisiatif yang lebih terutamanya dlaam penyediaan bahan ulangkaji pelajar. Secara keseluruhan saya amat berpuashati dengan tutor yang dihantar.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5