Profile Picture

Nurul Fathiah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Mathematics Education

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Sedang Belajar)

Johor Bahru, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman dalam mengajar secara online dan atas talian. Saya pernah bekerja sebagai seorang guru matematik di Tadika Bijak Anakku Sayang dibawah Bijak Education dan memperoleh pujian atas peningkatan pencapaian pelajar dalam subjek matematik di tadika tersebut. Saya juga berpengalaman dalam mengajar pelajar yang terdiri daripada anak kaum orang asli dibawah program Artsmart yang bekerjasama dengan fakulti pendidikan UiTM. Dalam program tersebut, saya mendapat pujian atas penciptaan lagu yang diubah liriknya daripada lagu Pencuri Hati, Aida Jebat kepada lirik untuk topik fungsi graf. Saya memasukkan elemen yang terdapat dalam topik graf fungsi seperti nama-nama graf yang terdapat pada topik itu justeru mencipta tarian yang bersesuaian dengan lirik yang telah diubah. Selain itu, saya juga berpengalaman untuk mengajar subjek matematik secara dalam talian dan bersemuka kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dibawah program Math Academy di UiTM Puncak Alam dimana program ini memberi penekanan kepada setiap topik matematik yang terdapat dalam buku teks. Jadikanlah saya tutor anda pada hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah belajar sambil bermain supaya pelajar tidak bosan. Saya mampu mengubah lirik lagu dengan lirik pembelajaran supaya pelajar lebih mudah untuk mengingat. Saya juga akan mengajar pelajar lagu tersebut beserta tarian yang bersesuaian dengan lirik lagu yang telah diubah. Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar untuk membantu pelajar saya agar lebih mudah faham dan mengingat kerana pada saya jika ada pengaplikasian pada objek-objek, pelajar lebih berminat untuk belajar dan akan lebih tertarik. Selain itu, jika pelajar lemah dalam sesuatu topik, saya akan mencari punca kepada ketidakfahaman pelajar tersebut pada topik itu.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Tadika, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, IGCSE MRSM - Tingkatan 1, IGCSE, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Tadika
Sains Tadika
Jawi Tadika
Matematik Tambahan IGCSE MRSM - Tingkatan 4, IGCSE