mytutor_mobile
Profile Picture

Kartina Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Antropologi Dan Sosiologi

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Betong, Sarawak

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Kartina Binti Suni berasal dari Sarawak dan telah bergraduasi dalam kursus Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada tahun 2022. Saya seorang yang mudah berkomunikasi dan berinteraksi namun saya juga seorang yang tegas dalam memberi tunjuk ajar. Saya juga pernah mengajar sebagai guru ganti di Tadika SeDidik Kampung Hulu Beladin. Pengalaman ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kerana pentingnya sebagai seorang pengajar untuk memastikan pelajar mendapat input dalam sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran. Saya juga suka berkomunikasi supaya dapat memastikan pelajar tidak berasa malu untuk bertanya atau menyatakan pendapat.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik;-
1. Soal jawab - agar setiap pelajar dapat peluang untuk bertanya jika mereka kurang faham terhadap subjek atau topik yang diajar.
2.Bercerita - supaya sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut seronok dan pelajar juga tidak mudah bosan.
3.Peta minda - memudahkan pelajar membuat nota dan memerlukan mereka untuk mengingat point yang penting sahaja dan kemudian boleh menghuraikan point tersebut.
4.Kuiz - memberikan kuiz agar objektif untuk setiap topik lebih efektif dan dapat mengasah daya ingatan pelajar melalui kuiz yang diberikan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika
Membaca - BM Darjah 1
Membaca - BI Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 1
Bahasa Inggeris Darjah 1