mytutor_mobile
Profile Picture

Aiman Naquib *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Pontian, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Aiman. Saya merupakan seorang guru pelatih Institut Pendidikan Guru yang berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Seni Visual merupakan subjek minor. Saya mahir dalam memilih bahan bantu mengajar yang kreatif menjadikan murid-murid seronok dan mudah menguasai topik pembelajaran. Mahukan anak anda belajar dengan seronok di samping meningkatkan prestasi pendidikan? Hubungi saya sekarang.
Teknik Pengajaran
Berbekalkan ilmu pedagogi yang saya timba selama hampir 5 tahun di Institut Pendidikan Guru dan pengalaman menjadi guru praktikal selama 6 bulan, saya menerapkan kaedah dan teknik yang menarik dan efisien yang sesuai dengan tahap kognitif para pelajar. Saya juga sentiasa mengaplikasikan teknik didik hibur bagi mencapai objektif pembelajaran. Pencapaian anak-anak dalam kecemerlangan akademik merupakan misi utama saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Cina Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6