Profile Picture

Ainin Sofiya *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - International Business

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Telah Bergraduasi)

Pokok Sena, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang lepasan graduan dalam bidang perniagaan antarabangsa dan ingin menceburi bidang pendidikan. Saya akan memastikan murid saya memahami setiap konteks PdP yang diajarkan. Saya juga akan membantu murid saya mengaplikasikan semula ilmu yang dipelajari agar mereka lebih cepat menguasai PdP pada hari tersebut. Saya juga pandai mengawal emosi dan mengambil hati murid saya agar mereka sentiasa berasa seronok serta ingin belajar dengan lebih mendalam dan berkesan. Insha'Allah saya akan berusaha sedaya upaya untu membantu generasi muda meningkatkan kemahuan dan motivasi diri mereka untuk belajar.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah didik hibur dalam sesi PdP saya. Saya akan membantu murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mengimaginasi sesuatu yang mereka suka. Saya juga akan menggunakan akronim, lagu dan gambar untuk membantu murid mengingat sesuatu perkara dengan lebih mudah. Saya akan berusaha menguasai pelbagai teknik mengajar yang menyeronokkan agar murid sentiasa tertarik untuk mengetahui ilmu dengan lebih mendalam.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3