mytutor_mobile
Profile Picture

Muhamad Fazrul *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Pasir Puteh, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fazrul. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman mengajar selama 4 bulan dan lebih semasa latihan mengajar. saya berupaya mengajar dan mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek Seni merupakan subjek minor. Saya berkemahiran dalam merancang pengajaran yang berkesan dengan menggunakan strategi yang selaras dengan PAK-21. Kaedah pengajaran yang saya laksanakan melibatkan bahan bantu mengajar yang terkini seiring dengan perkembangan teknologi. Nak anak anda tingkatkan penguasaan dalam subjek Sains, tingkatkan keyakinan mereka, serta mendapat skor yang cemerlang? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya akan dilaksanakan menggunakan teknologi terkini seperti persembahan multimedia, games, melakar peta minda khususnya yang berpusatkan pelajar. Saya menerapkan teknik-teknik seperti ini bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda dan melukis supaya pelajar dapat visualisasikan pemahaman mereka merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan dan keseronokan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pendidikan Seni Visual Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3