Saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa yang ingin mencari wang untuk tampung pembelajaran saya. Walaupun saya tidak pernah menjadi seorang tenaga pengajar, tetapi saya mempunyai semangat dan dedikasi yang penuh untuk mengajar anak didik. Saya seorang yang ramah, mudah mesra dengan orang dan ceria. Saya juga seorang yang tegas memandangkan saya seorang anak sulung kepada empat orang adik beradik. Saya akan berusaha dan pastikan anak didik saya memahami dan seronok belajar bersama saya. Jadi, pilihlah saya sebagai salah seorang tutor anda!
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan cara pembelajar potong topik pembelajaran kepada sesi pendek tidak lebih daripada 20 minit. Selepas itu, saya akan berikan rehat selama 5 minit dan sambung topik seterusnya. Seterusnya, saya akan menggunakan gabungan mnemonik dan metafora untuk memudahkan anak didik saya memahami topik yang diajari. Saya juga akan menggunakan ‘Microlearning’ dengan melakukan aktiviti yang seronok seperti permainan, menggunakan video, diagram dan gambar yang menarik dan menjalankan quiz dengan menggunakan aplikasi ‘Quizlet’ dihujung pembelajaran.