mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Jasmin *******

(Bersemuka)

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Batang Padang, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang guru yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mahukan yang terbaik buat semua anak didik saya. Kecemerlangan anak didik saya juga merupakan kecemerlangan diri saya sebagai seorang pendidik yang telahpun berjanji dan berikrar untuk membentuk murid yang berkualiti dan berpotensi ke arah kecemerlangan. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi tinggi serta mengaplikasikan teori pembelajaran yang sesuai untuk setiap murid kerana saya tahu bahawa setiap murid mempunyai pelbagai tahap kecerdasan. Saya juga merupakan bakal guru dalam bidang pendidikan iaitu keluaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mempelajari berkenaan perkembangan kanak-kanak, teori pembelajaran dan pelbagai lagi. Oleh itu, kaedah yang digunakan untuk mengajar merupakan kaedah yang diaplikasikan dari ilmu-ilmu yang telah dieplajari semasa di universiti.
Teknik Pengajaran
Saya lebih cenderung menggunakan teknik pengajaran didik hibur. Hal ini kerana, saya mahukan sebuah pengajaran yang berkesan. Saya mahu pelajar dapat memahami konteks dari pengajaran yang saya sampaikan. Oleh itu, bagi menarik minat pelajar untuk gemar mengikuti kelas dan sekaligus mampu memahami isi pelajaran yang disampaikan ialah dengan menggunakan teknik pengajaran didik hibur. Didik hibur ialah satu kaedah pengajaran yang mempunyai pelbagai unsur yang menarik. Contohnya, elemen nyanyian dan lakonan dapat melibatkan pelajar mengambil bahagian dalam dalam aktiviti secara aktif sambil seronok mengikuti pelajaran yang diajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Muzik Tadika, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Pendidikan Moral Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3