Profile Picture

Siti Hajar *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Electrical Engineering

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Sedang Belajar)

Simpang Rengam, Johor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan pelajar Sarjana (Master) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang mempunyai impian untuk menjadi seorang tenaga pengajar. Saya mempunyai pengamalan menjadi mentor subjek Sains dan Matematik. Saya juga seorang yang mempunyai semangat tinggi untuk memastikan anak didik saya saya mencapai matlamat mereka.
Teknik Pengajaran
Saya berpendapat bahawa setiap pelajar mempunyai keupayaan belajar yang berlainan serta setiap subjek memerlukan pelbagai kaedah untuk mudah faham dan ingat. Maka, pelbagai teknik pengajaran yang akan saya lakukan bergantung kepada keupayaan pelajar saya. Teknik penerangan aras rendah hingga aras tinggi, teknik soal jawab, teknik perbincangan latihan asas dan KBAT serta teknik menjawab mengikut skema peperiksaan merupakan teknik yang akan digunakan bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan. Saya menggunakan bahan online dan juga buku-buku terkini yang mempunyai nota asas, nota terperinci, latihan kemahiran berfikir aras tinggi, serta contoh-contoh latihan mengikut modul peperiksaan agar pelajar membiasakan diri menjawab soalan tersebut. Pendekatan peta minda serta penggunaan akronim merupakan antara teknik pengajaran yang saya akan gunakan bagi memudahkan pelajar untuk faham serta ingat perkara yang dipelajari.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 1
Membaca - BM Tadika
Membaca - BI Tadika