Profile Picture

Aus Saqafi *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Pembuatan

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Durian Tunggal) (Telah Bergraduasi)

Tanah Merah, Kelantan

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu/Ustaz Aus, saya merupakan graduan Diploma Kejuteraan Pembuatan, 2012 dan juga Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Pembuatan, 2015 dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Saya juga merupakan salah seorang jurutera yang berdaftar dengan 'Board of Engineer Malaysia (BEM)' dan juga bakal menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah pada bulan Mei nanti di Open Universiti Malaysia (OUM). Kemahiran saya dalam bidang pendidikan adalah dalam subjek Matematik dan juga mengajar pelajar membaca Al Quran. Di mana saya mendapat pangkat A1 dalam subjek matematik pada SPM 2008 dan juga merupakan anak kepada guru Matematik disamping itu saya juga mempunyai kebolehan dalam mengajar membaca Al Quran kepada kanak - kanak dan dewasa. Saya adalah bekas juara pertandingan Hafazan Al Quran di peringkat sekolah dan daerah. Saya juga mempunyai kepakaran dalam memimpin pelajar berdasarkan pengalaman saya yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada tahun 2008 ketika berada di sekolah menengah. Nak anak skor cemerlang dalam subjek Matematik atau boleh membaca Al Quran serta tingkatkan keyakinan diri anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Disebabkan subjek Matematik adalah subjek yang paling dekat dengan bidang kejuruteraan, maka saya akan menggunakan kaedah memahami matematik dari kaca mata seorang jurutera iaitu menggunakan kaedah cari punca masalah, sediakan pilihan kepada penyelesaian masalah dan selesaikan masalah dengan cara yang terbaik. Kaedah ini akan menyebabkan pelajar akan lebih seronok untuk meneruskan pembelajaran. Untuk subjek mengajar membaca Al Quran pula saya akan kongsikan cara mudah memahami membaca Al Quran menggunakan kaedah yang sesuai dengan anak anda.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3