Profile Picture

Mohamad Nur *******

(Physical)

Sarjana Muda - Sains Marin

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

Yong Peng, Johor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Merupakan seorang yang mempunyai minat mendalam untuk mengajar terutama kepada pelajar yang sedang dalam alam persekolahan. Sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perguruan Lepasan Ijazah bagi memenuhi impian menjadi seorang pendidik yang akan membentuk masa depan pelajar yang lebih berdaya saing.

Subjek Matematik antara yang paling diminati dari bangku sekolah. Pernah menjadi seorang tutor dalam subjek Matematik untuk rakan-rakan sekolah dan pernah mewakili daerah Batu Pahat untuk pertandingan Kuiz Matematik Tambahan.

Teaching Method(s)
Teknik yang perlu digunakan dalam mengajar seharusnya yang dekat dengan perubahan zaman terutama masa kini. Meskipun tidak mempunyai pengalaman rasmi dalam mengajar, teknik yang saya harus terapkan adalah teknik yang tidak terlalu memaksa pelajar sehinggakan pelajar berasa tertekan dan tidak mahu mengambil kelas tambahan.

Interaksi dua hala juga perlu diterapkan dalam sesi pengajaran kerana sebagai seorang pengajar perlu tahu adakah fikiran pelajar masih berada dengan kita atau sudah diawangan memikirkan waktu pulang.

Saya pernah menjadi seorang pelajar, saya gemar apabila guru memuji saya. Apabila mendapat pujian dari guru, saya akan terus fokus dalam subjek untuk dipuji lagi. Impak positifnya, saya memperoleh keputusan yang tidak pernah rendah dari A iaitu 80 ke bawah untuk subjek Matematik sejak dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Jadi saya percaya, pujian juga merupakan salah satu kaedah yang boleh mengubah pelajar itu dan menghadirkan rasa seronok dalam subjek yang tidak digemari mereka.
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5