Profile Picture

Masturina Auni *******

(Online)

Sarjana(master) - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Ongoing Study)

Pasir Mas, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

MyTutor For TVET

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai saya Cikgu Masturina atau mesra dikenali sebagai Cikgu Mas.
Saya merupakan bekas guru sekolah menengah yang sedang menyambung pengajian di peringkat master. Saya berpengalaman mengajar selama beberapa tahun di peringkat sekolah menengah. Saya merupakan seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik bagi menengah rendah dan menengah atas. Subjek lain yang saya pernah mengajar adalah subjek Geografi dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Saya berkemahiran dalam menyusun dan membentuk kertas soalan serta modul latihan yang bersesuaian dengan pelajar di peringkat sekolah. Saya juga pakar dalam memberikan motivasi kepada pelajar bagi meningkatkan disiplin dan kesedaran dalam diri pelajar. Berminat untuk belajar dengan saya, hubungi saya sekarang.

Teaching Method(s)
Selain pernah berkhidmat sebagai guru, saya juga merupakan seorang guru yang berpengalaman selama 3 tahun mengendalikan kelas tuisyen secara online. Pelbagai teknik pembelajaran telah saya praktikkan untuk mengendalikan kelas secara online supaya pelajar tidak bosan dan boleh memberikan tumpuan semasa kelas berjalan. Antaranya:

- Pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan KPM.
- Nota bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.
- Latihan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.
- Pengajaran yang mengikut arus media semasa bagi menarik minat pelajar.
- Pembelajaran online yang tidak membosankan dan berfokus kepada pelajar.
- Penerapan nilai-nilai baik bagi memenuhi kriteria TP di peringkat sekolah.
Ratings and Reviews

Hasbah Binti Juwaini : Geografi

A good teacher, skilled, and able to cover all the topics for a quick revision

Nor Farahanis Bt Rashidi : Matematik

Cikgu terbaik, sgt flexible sekiranya ada pertukaran masa. Very good on teaching 👍

Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5