Profile Picture

Suhila Binti *******

(Online)

Sarjana Muda - Bioteknologi

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Graduated)

Kangar, Perlis

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Suhila. Saya merupakan seorang guru sekolah swasta yang berdedikasi dan berpengalaman selama 24 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah.. Subjek bahasa Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala bahasa Inggeris dan Jawi merupakan subjek minor. InshaAllah saya berkemahiran menyediakan bahan yang bersesuaian dengan pelajar untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik. Saya banyak terlibat dalam program yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan berkebolehan mengendalikan pelajar. Saya tidak garang tapi sedikit tegas. Saya suka memberi peluang dan ruang untuk pelajar mencuba. Saya juga mahir dalam memasukkan elemen tauhid ke dalam hati pelajar supaya pelajar bukan sahaja boleh menguasai subjek, tapi dalam masa yang sama dapat mengenali dan dekat dengan Pencipta dalam apa juga subjek. Mahukan anak anda cemerlang dunia akhirat? Hubungi saya hari ini. Saya usaha bantu, selebihnya serah pada Allah.
Teaching Method(s)
Kebiasaannya saya akan memulakan kelas dengan teknik Attention Grabber untuk menarik minat pelajar pada permulaan kelas. Saya juga akan menilai tahap penguasaan pelajar terlebih dahulu sebelum menyediakan bahan dan latihan. Saya juga mengunakan teknik tarbiyah merentas kurikulum supaya pelajar kenal pencipta melalui subjek yang dipelajari. Latihan bertahap dan berkala akan diberikan. Nota & slide juga akan disediakan dalam bentuk yang menarik dan berwarna-warni sesuai dengan pelajar sekolah rendah. Saya juga akan menggunakan video-video yang berkaitan jika perlu. InshaAllah. Semoga segala usaha diberkati Allah.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4
Jawi Darjah 3
Mengaji - Iqra Darjah 2