Profile Picture

Mohammad Saiful *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Asasi/a-level - Management

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Sedang Belajar)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Saiful Rafie, 25 tahun. Pelajar Sarjana Muda Kewangan (Kepujian) Universiti Selangor. Saya major dalam mata pelajaran Matematik dan subjek lain yang melibatkan pengiraan. Selepas SPM, atas faktor kekangan kewangan saya menangguh pengajian dan berpengalaman mengajar calon-calon SPM, PT3 dan UPSR di kawasan perumahan saya selama 2 tahun. Subjek yang saya ajar termasuklah Bahasa Melayu, English, Matematik, Sejarah, Science, Physics, Chemistry dan Biologi. Secara keseluruhan, terdapat peningkatan yang ketara dalam prestasi mereka sama ada pelajar GALUS mahupun pelajar cemerlang malah ada yang mendapat straight A dalam keputusan mereka. Selepas 2 tahun mengajar, saya menceburi bidang FnB selama 4 tahun sehingga menjadi Pembantu Pengurus, di sini saya belajar meningkatkan "communication skills", memimpin organisasi dan memperkukuh kemahiran penggunaan IT. Sejak SPM sehingga masuk ke alam universiti saya sangat berminat dalam bidang pengajaran sehingga membuat kelas tuisyen percuma, berkongsi pengetahun dengan rakan-rakan sekelas serta mencari dan memperbetul kesalahan yang mereka lakukan. Saya berharap dapat diambil menjadi salah satu team Tutor! Terima Kasih.
Teknik Pengajaran
Utama sekali, semasa mengajar saya mengambil pendekatan menjadikan pelajar sebagai kawan atau orang yang dekat dengan mereka. Bagi adik-adik PT3 dan SPM dulu saya bahasakan diri sebagai "Abang Epy". Apa yang saya lihat, mereka lebih tidak kekok untuk bertanyakan soalan kepada saya berbandaing guru-guru di sekolah kerana pada mereka tidak wujudnya jurang yang terlalu jauh hubungan saya dengan mereka. Personaliti yang menarik dan ceria juga membuatkan mereka selesa untuk mengajukan soalan kepada saya.

Dalam subjek pengiraan, saya suka untuk memberikan spot quiz, hafalan mudah kaedah pengiraan, mneumonik, memberi penghargaan bagi yang berjaya jawab dengan pantas dan tepat dan macam-macam teknik lagi. Kaedah ini pada saya sangat efektif dalam bentuk latihan pengiraan kepada pelajar-pelajar. Kerana pada saya, benar subjek pengiraan memang memerlukan latihan, tapi cara pengajaran dan latihan yang lebih menarik menjadikan pelajar yang lemah mahupun cemerlang akan sama-sama bersemangat untuk bersaing secara sihat sekaligus menjadikan memori jalan kerja dalam pengiraan bertambah kukuh.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 3, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 5