Profile Picture

Noor Umaiza *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Pendidikan Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Parit Buntar, Perak

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang penuntut semester akhir di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dalam bidang Bahasa Melayu sekolah rendah. Saya bakal menamatkan pengajian pada bulan Mei 2024 dan akan menerima panggilan untuk kemasukan sebagai penjawat awam di sekolah. Saya mempunyai pengalaman menjadi guru tuisyen di salah sebuah pusat tuisyen di kawasan Ipoh sepanjang saya masih melanjutkan pelajaran. Saya berkemahiran dalam subjek Bahasa Melayu Tahap 1&2 dan juga berkebolehan untuk mengajar subjek Sains Tahap 1&2 memandangkan saya mengajar subjek tersebut di pusat tuisyen berkenaan. Saya juga berkebolehan untuk mengajar subjek Matematik memandangkan saya merupakan bekas penuntut bidang Akauntan dan mempunyai sijil khas LCCI.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang diterapkan dalam pembelajaran saya adalah cenderung kepada teknik didik hibur memandangkan teknik ini dapat membantu murid-murid untuk berasa seronok dan fokus sepanjang PdP dilaksanakan. Didik hibur yang dimaksudkan adalah dari segi penerapan elemen audio, video, ilustrasi, muzik dan sebagainya sebagai bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk membantu kefahaman murid dalam subjek yang diajar. Selain itu, saya juga telah menyediakan beberapa bahan inovasi yang berbentuk permainan atas talian yang dapat membantu murid untuk memahami dengan lebih mudah.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6