mytutor_mobile
Profile Picture

Nuradlin Ilyana *******

(Bersemuka)

Diploma / Stpm - Bachelor In Management (policy Studies)

Universiti Malaysia Terengganu (Sedang Belajar)

Seremban, Negeri Sembilan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu liyana. Saya mendaftar dalam MyTutor bertujuan untuk menyampaikan ilmu dengan kebolehan dan minat saya sendiri dalam mengajar. Saya akan memberi sepenuh komitmen dalam tugasan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam amanah yang saya pegang sebagai seorang pendidik. Saya mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajar tadika. Saya mempunyai pengalaman dalam mengawal kanak-kanak untuk fokus kepada pembelajaran.
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan kaedah belajar sambil bergembira jika diberi tugasan untuk kanak-kanak di peringkat tadika untuk mengelakkan anak-anak mudah bosan. Saya juga akan menggunakan bahan pembelajaran yang menarik perhatian pelajar sama ada secara video, audio, atau gambaran. Saya juga akan memberikan contoh yang sepadan dengan apa yang ingin saya sampaikan kepada pelajar agar mereka lebih mudah memahami kandungan pembelajaran. Saya akan memastikan anak didik saya pandai membaca dan mengira, serta mengenali huruf dan nombor di pendidikan awal kanak-kanak. Saya juga akan memastikan matlamat pengajaran akan tercapai jika saya diberi tanggungjawab untuk mengajar pelajar di peringkat menengah\/rendah. Saya akan memastikan anak didik saya memahami penyampaian semasa tempoh pembelajaran sebelum tempoh pembelajaran itu berakhir. Saya akan mencuba pelbagai teknik yang sesuai untuk menarik minat setiap pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BI Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Membaca - BM Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 5, Darjah 6
Sains Tadika, Darjah 2, Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 1, Darjah 2, Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 3