Profile Picture

Muhammad Nasih *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Perakaunan

Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Nasih Ulwan. Saya seorang Account Executive yang bekerja di sebuah syarikat multinasional dalam industri makanan dan minuman sejak tahun 2022. Minat saya terutamanya adalah dalam mengajar pelajar-pelajar, terutamanya dalam subjek perakaunan dan matematik. Dengan keupayaan dan pengalaman saya di dalam industri, khususnya latar belakang saya yang berkait rapat dengan perakaunan, saya berharap dapat memberikan sumbangan dalam membantu pelajar mencapai kejayaan dalam bidang ini.
Teknik Pengajaran
Pendekatan yang saya akan gunakan adalah dengan mengaplikasikan teknik komunikasi dua hala dengan kaedah soal dan jawab kepada pelajar untuk merangsang pemikiran kritis dan memperkukuh pemahaman. Dalam usaha ini, saya akan membina struktur nota yang teratur dan sistematik untuk memudahkan pemahaman konsep-konsep yang diajar. Selain itu, saya juga bercita-cita untuk memperkaya pengajaran dengan elemen interactive games, yang tidak hanya membuat pembelajaran lebih menyeronokkan tetapi juga lebih berkesan dalam meningkatkan interaksi dan pemahaman konsep.
Subjek
Subjek Tahap
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3