Profile Picture

Izuwan Bin *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Telah Bergraduasi)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Izuwan dan merupakan salah seorang guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sedang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk & Teknologi dan Asas Sains Komputer di sekolah menengah. Saya merupakan seorang guru yang ingin melihat anak didik saya berjaya. Saya merupakan seorang guru yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak murid saya untuk cemerlang. Saya juga seorang guru yang sangat mesra dengan anak murid dan sangat disenangi oleh murid-murid di sekolah. Walaupun tak garang, tapi masih tegas dan serius ketika PdP.
Teknik Pengajaran
Saya menerapkan beberapa teknik pengajaran seperti berikut:
1. Pengajaran yang berpusatkan murid dimana murid akan lebih aktif untuk mencari input sendiri dan guru/tutor akan membimbing sehingga murid dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
2. Pengajaran yang tidak berpandukan buku semata-mata dimana saya akan cuba menyediakan bahan interaktif seperti video, slaid atau permainan yang akan dapat membantu pengajaran dan pembelajaran disamping menarik minat murid.
3. Memberikan latih tubi yang bersesuaian
Subjek
Subjek Tahap
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Darjah 5, Darjah 6
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5, Darjah 6