Profile Picture

Puteri Muwairah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor Of Social Science Hons. (History) With First Class Honours

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Telah Bergraduasi)

Jenjarom, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah) dari Universiti Malaysia Sabah. Saya juga merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan sentiasa mencari peluang untuk menimba pengalaman dalam membimbing anak murid serta mendidik mereka hingga memperolehi kejayaan. Subjek Sejarah merupakan subjek major atau kepakaran saya manakala subjek Bahasa Melayu pula merupakan subjek minor. Saya juga mempunyai pengalaman sebagai seorang tutor persendirian dalam subjek membaca, Sejarah dan Bahasa Melayu. Di samping itu, saya juga merupakan pelajar terbaik STPM 2018 bagi subjek Bahasa Melayu dan juga memperolehi A+ dalam subjek Bahas Melayu peringkat SPM. Dengan latar belakang pendidikan sedemikian, saya yakin mampu membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Teknik Pengajaran
Pendekatan pengajaran yang digunakan adalah tertumpu kepada penerangan dan kefahaman kepada pelajar. Selain itu, sesi soal jawab, kuiz dan latihan juga turut diadakan bagi melatih pelajar dalam sesebuah topik pembelajaran. Saya juga turut mengamalkan pendekatan pembelajaran secara visual, peta minda dan kad imbas mengikut tahap keupayaan pelajar. Jika dirumuskan, pendekatan pengajaran saya juga adalah tertumpu kepada ‘easy & fun learning’ bagi menambat hati pelajar agar selesa dan gembira belajar bersama saya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Membaca - BM Tadika, Darjah 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sejarah Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6