Profile Picture

Siti Najihah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sedang Belajar)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya pengajar Jiha. Saya mempunyai kelulusan dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah. Alhamdulilah, ini merupakan tahun terakhir saya sebagai pelajar Ijazah Sarjana. Saya mempunyai pengalaman mengajar murid prasekolah, sekolah rendah dan jugak pelajar sekolah menengah. Saya boleh mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan jugak Sejarah. Saya mengajar dengan membaca dan mengkaji dahulu, kemudian membuat rumusan supaya pelajar memahami topik utama yang akan diajar. Saya percaya bahawa dengan pengalaman dalam pengajian saya, saya boleh membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan. Saya juga akan cuba meningkatkan prestasi saya dari semasa ke semasa.
Teknik Pengajaran
Saya cenderung menggunakan pendekatan visual dalam pengajaran saya kerana saya percaya bahawa visualisasi dapat memperkukuh pemahaman dan membuat pembelajaran lebih menari. Oleh itu, kaedah pengajaran yang saya akan lakukan ialah menggunakan BBM, sama ada bahan itu ialah bahan maujud atau diambil dari YouTube, carian Google, foto dan sebagainya kerana BBM dapat membantu pelajar untuk memahami topik sesuatu dengan lebih baik. Semasa induksi, saya juga akan bertanya tentang kemajuan pelajar dan mengadakan perbincangan ringkas dengan mereka untuk memastikan mereka bersedia dan teruja untuk belajar.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika, Darjah 4
Mengaji - Iqra Tadika
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 4
Geografi Tingkatan 1, Tingkatan 2
Bahasa Melayu Darjah 4
Bahasa Inggeris Darjah 4