Profile Picture

Muhammad Syakir *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bacelor Pendidikan Sains Pertanian

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Johor Bahru, Johor

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan lepasan graduan Universiti Putra Malaysia pada tahun 2023 yang bersemangat tinggi dalam mencurahkan ilmu kepada murid - murid. Saya juga seorang yang rajin, lantang dan juga berlemah lembut dalam berbicara. Saya sentiasa memerhati dan mewajibkan anak didik saya akan mencapat objektif pembelajaran mengenai tajuk yang diajar pada hari tersebut. Saya sentiasa memastikan setiap bahagian pengajaran mengikuti masa yang telah ditetapkan berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Saya juga turut mengadakan sesi kaunseling bersama murid, hal ini kerana cara ini dapat mendekatkan hubungan silaturrahim bersama murid dan menarik minat mereka untuk mendalami subjek yang diajar.
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya mengikut falsafah Realisme iaitu murid dapat merasakan situasi sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Teknik pengajaran yang saya gunakan sentiasa berubah - ubah mengikut tajuk pelajaran yang diajar, saya gemar menggunakan teknik Pembelajaran Berasaskan Murid supaya murid - murid dapat meneroka kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, latihan dan nota juga diberikan dalam bentuk peta minda, akronim dan juga hierarki, mereka juga bebas untuk menulis latihan dan nota supaya kelihatan lebih menarik untuk menggalakkan mereka membaca.
Subject
Subject School Level
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1, Tingkatan 3