Profile Picture

Muhamad Azraie *******

(Online)

Sijil Pelajaran Malaysia(spm) - Bahasa Inggeris

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Pasir Mas, Kelantan

Institut Perguruan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya mempunyai personaliti yang ramah, namun pada masa yang sama saya juga akan bertindak tegas. Saya mempunyai latar belakang sekolah berasrama penuh (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi)yang berlatar-belakangkan agama. Saya akan membantu anak didik saya dalam skop penyusunan jadual serta pemahaman terhadap topik yang dipelajari. Saya juga berkeupayaan dalam mengambil hati pelajar agar mereka meminati sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya menggunakan kaedah didik hibur bagi memastikan anak didik saya tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan latih tubi yang ringkas bagi memantapkan kemahiran karangan serta pengetahuan tatabahasa yang diperlukan oleh anak didik saya. Saya juga akan mengadakan kaedah perbualan dalam pengaplikasian pengetahuan dalam membina sesebuah esei pada masa yang sama memberikan penguasaan bertutur kepada anak didik saya. Saya juga menyediakan nota-nota ringkas kepada anak didik saya bagi memantapkan pemahaman mereka.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5