mytutor_mobile
Profile Picture

Wan Muhammad *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Electronic Communication Engineering

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Saya merupakan seorang yang peramah dan ceria tetapi juga seorang yang tegas apabila menggalas tanggungjawab. Saya akan sentiasa memastikan anak didik mencapai matlamat mereka. Saya juga akan sentiasa belajar untuk memahami anak didik saya supaya dapat memberikan pengajaran yang efektif untuk mereka. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Bagi teknik pengajaran saya, saya lebih gemar untuk mengunakan kaedah didik hibur bagi memastikan pelajar tidak mudah bosan dan tidak hilang fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan menggunakan akronim untuk membantu saya menghafal sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga akan menyediakan nota yang berwarna warni bagi kelas dalam talian. Nota berwarna warni ini berfungsi untuk membantu kita untuk lebih mudah ingat dan hafal. Selain itu, kita juga akan lebih berminat untuk membaca nota tersebut jika ianya dalam keadaan berwarna warni.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 3, Darjah 6
Matematik Darjah 6
Calculus Universiti - Diploma