Profile Picture

Nurul Amirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Teknologi Alam Sekitar

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amirah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 2 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berpengalaman dalam mengajar kelompok besar tuisyen dan juga individu. Nak anak skor cemerlang serta faham lebih detail? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 2 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.Lebih mudah faham dengan 'face-to-face', tapi lagi seronok dengan video pembelajaran
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 6
Asas Fardhu Ain Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6
Membaca - BM Tadika