Profile Picture

Muhammad Azril *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Kimia Gunaan

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Telah Bergraduasi)

Semenyih, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan saintis dan ahli kimia berdaftar yang berpengalaman selama hampir 13 tahun dalam bidang industri. Berpengalaman mengajar dan memberi latihan dan memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi dan kompentensi dalam bidang Kimia atau secara umumnya dalam bidang Sains. Saya yakin dengn pengalaman yang luas, saya boleh berkongsi sebanyak boleh ilmu yang dipelajari dan memberi tunjuk ajar teknik-teknik yang berkesan dalam mengukuhkan kefahaman asas dan membantu pelajar saya menguasai secara menyeluruh subjek-subjeck yang akan dipelajari. Visi saya adalah menjadi tutor yang berkesan dalam perkembangan pendidikan anak didik saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya adalah pengukuhan asas (fundamental), termasuk konsep dan mekanisma berkaitan teori supaya memudahkan pelajar memahami dengan lebih mendalam dan seterusnya membantu pelajar memahami subjek. Kemudian, saya akan hubung kaitkan pemahaman dengan soalan-soalan berbentuk applikasi, sejajar dengan silibus terkini yang lebih menekankan pelajar dalam soalan-soalan berkaitan daya penyelesaian masalah. Saya seorang yang ceria dan akan membantu anak didik saya berjaya dengan memberi dorongan motivasi semasa sesi pembelajaran samada secara langsung atau tidak langsung . Saya akan sentiasa meletakan dasar profesionalisma pada kedudukan tertinggi apabila diberikan peluang untuk berkhidmat.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6