mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Shah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Fizik

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Sedang Belajar)

Gerik, Perak

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Sir Shah. Saya merupakan seorang pelajar Pendidikan Fizik di UPM. Saya sangat suka dan komited untuk membantu pelajar yang ingin cemerlang dalam pelajaran. Saya seorang yang peramah tetapi ada juga tegasnya. Saya sangat seronok apabila melihat pelajar saya faham dengan apa yang diajar dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk beri kefahaman kepada pelajar-pelajar saya. Selain daripada mengajar, saya juga suka untuk berkongsi pengalaman saya semasa belajar. Saya yakin perkongsian pengalaman seperti ini akan dapat meningkatkan dan memotivasi pelajar saya untuk terus belajar hingga berjaya. Nak anak anda skor dan terus bermotivasi? Sertai tutor saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya tidak mempunyai teknik pengajaran yang kekal. Teknik pengajaran saya flexible bergantung kepada siapa pelajar saya. Saya akan menggunakan teknik yang pelbagai bergantung kepada keperluan pelajar dan subjek. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan akronim dan nota ringkas merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Perbincangan dan penyoalan merupakan teknik pengajaran yang saya gunakan sebagai sokongan terhadapa sesi pengajaran saya sebelum sesi temat.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 6
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Fizik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5