mytutor_mobile
Profile Picture

Siti Normaisarah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab Dengan Keusahawanan

Universiti Malaysia Kelantan (Bachok) (Sedang Belajar)

Kuala Krai, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya telah menamatkan pengajian diploma pada tahun 2021 dan meneruskan pengajian sarjana muda pada tahun 2022. Hal ini kerana saya ingin mencapai cita-cita saya suatu hari nanti supaya dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Justeru itu, saya ingin mencari peluang untuk mengasah bakat sebagai tenaga pengajar agar dapat mengambil ilmu untuk masa depan.
Teknik Pengajaran
Pada masa sekarang, saya masih belajar dan berharap dapat peluang untuk mengajar dan menambah pendapatan sebagai seorang pelajar. Disebabkan itu, saya lebih memilih untuk mengajar secara dalam talian untuk memudahkan urusan semua. Saya memilih untuk Pembelajaran Kemahiran Bertutur dan Mendengar seperti mengadakan aktiviti perbincangan, temu bual atau perbahasan untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar pelajar serta mengembangkan perbendaharaan kata mereka dalam bahasa yang diajar. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid menggunakan bahasa dalam situasi komunikatif yang sebenar. Selain itu, melibatkan pelajar dalam perbincangan, temu bual atau perbahasan memberi mereka peluang untuk berfikir secara kritis, membina hujah dan bertindak balas secara berkesan kepada pandangan orang lain. Proses ini bukan sahaja mengembangkan kemahiran bertutur dan mendengar, tetapi juga membentuk keupayaan pelajar untuk berinteraksi secara sosial dan berfikir secara reflektif.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Arab Darjah 3
P. Islam Darjah 5
Jawi Darjah 5, Darjah 4
Asas Fardhu Ain Darjah 3