mytutor_mobile
Profile Picture

Rizlyana Othman

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak-kanak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Kepong, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nana mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya merupakan Tenaga Pengajar di Pusat Bertauliah yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran didalam bidang Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Saya juga adalah Penceramah untuk kos pendek dan modular didalam bidang yang sama. Saya memfokuskan kepada keperluan para pelajar yang tidak mengira bangsa, umur atau agama. Dalam masa yang sama, saya juga memberikan latihan kepada para pengasuh serta para cikgu di TASKA dan TADIKA. Disamping itu saya juga membangunkan Modul serta Bahan Pengajaran untuk ibubapa dan guru.
Teknik Pengajaran
Saya memilih pendekatan pedagogi dan androgogi. Utk kanak-kanak, sy mengunakan pendekatan yang lebih memfokuskan kepada kanak-kanak dan saya sebagai 'fasilitator' yang lebih kepada memantaukan dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Pendekatan bertema dan belajar sambil bermain merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang holistik dan signifikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Untuk orang dewasa pula saya memfokuskan kepada teori dan hands-on, ini adalah kerana dengan kaedah ini orang dewasa atau pelajar mendapat pengalaman baru sepanjang sesi berlaku.
Subjek
Subjek Tahap
Seni & Kraf Darjah 1