mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Aliya *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Sosial Dengan Kepujian (hubungan Antarabangsa)

Universiti Malaysia Sarawak (Sedang Belajar)

Ayer Molek, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Aliya. Saya mempunyai latar belakang dalam bidang Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan semasa STPM sebagai subjek major. Saya juga merupakan jururlatih seni mempertahankan diri (Taekwon-Do) di beberapa buah sekolah. Selain itu, saya mempunyai pengalaman mengajar dan yakin saya boleh berkongsi sebanyak yang boleh ilmu yang telah dipelajari. Nak tahu lebih mendalam ? saya pernah bersekolah di sekolah cina selama 8 tahun ! Saya berkebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Target utama saya adalah untuk membantu pelajar terutama pelajar sekolah rendah SJKC untuk membaca dengan fasih dalam Bahasa Melayu. Jumpa anda di kelas !
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik hibur dalam sesi pengajaran. Selain itu, saya juga akan menyediakan slaid menarik dan beberapa kaedah lain untuk menarik minat para pelajar terutamanya ketika membaca, melihat dan menulis.

Saya berharap teknik yang saya sampaikan ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar nanti.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3