Profile Picture

Nazatul Erna *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sains Gunaan (Matematik Dan Ekonomi)

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Puchong, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum. Nama saya Cikgu Erna, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik dan Ekonomi dari Universiti Sains Malaysia. Sekarang saya mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Universiti Malaya dengan Pengkhususan Matematik. Saya berpengalaman lebih dari setahun sebagai guru sambilan Matematik di Kumon. Saya seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat dalam membantu pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang terutama dalam subjek Matematik.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya bagi subjek Matematik ini adalah dengan memberikan set-set soalan dari setiap topik mengikut silibus sekolah. Bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5 untuk subjek Matematik dan Matematik tambahan, saya akan memberikan soalan-soalan SPM yang sebelumnya untuk membuat ulangkaji pada pelajar. Sekiranya pelajar lemah terhadap sesuatu topik, saya sebagai guru akan pertimbangkan untuk kembali ke konsep asas yang berkaitan dengan topik tersebut. Ini boleh membantu mereka membina asas yang kukuh sebelum meneruskan ke topik yang lebih kompleks.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5