Profile Picture

Norshafinar Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Sains Pentadbiran/ Politik

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Putrajaya, WP Putrajaya

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Meskipun baru dalam dunia pengajaran, saya mempunyai semangat yang tinggi untuk berkongsi pengetahuan dan memudahkan proses pembelajaran. Pengalaman bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat membantu menyumbang tenaga dan kemahiran kepada anak-anak didik terutama dalam subjek Sejarah dan Pengajian Am untuk menjelaskan konsep dengan jelas dan mudah difahami. Kemahiran sebagai seorang motivator di lapangan akan memberi kelebihan kepada anak-anak didik saya dalam membantu mencapai matlamat mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Saya percaya pendidikan berterusan penting untuk memastikan saya tetap relevan dan efektif sebagai seorang tutor. Ayuh, jadikan saya tutor adik-adik hari ini!
Teknik Pengajaran
Saya mungkin baru sebagai tutor, saya berkomitmen untuk membangunkan kemahiran mengajar saya dan memberikan impak positif kepada setiap pelajar. Saya bercita-cita untuk memberikan sokongan pembelajaran yang kukuh dan memastikan setiap pelajar memahami konsep-konsep kritikal dalam pelbagai subjek terutama Sejarah dan Pengajian Am. Saya percaya, setiap ilmu perlu ditambah baik dari semasa ke semasa bertujuan untuk meningkatkan diri dengan menghadiri kursus pembelajaran dan seminar-seminar pendidikan. Semasa saya belajar, saya telah membantu rakan sekelas dalam penerangan konsep-konsep yang kompleks dan memberikan tunjuk ajar informal. Pengalaman ini memperkukuh keyakinan saya dalam menjelaskan konsep secara jelas dan berkesan.
Subjek
Subjek Tahap
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Public Speaking Asas (Basic)
Sejarah STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 4